Rabu, 17 April 2013

Rabu, April 17, 2013
Gila - Adik Kandung Tergamak Bakar Abang Sendiri
Gambar Hiasan
Gila - Adik Kandung Tergamak Bakar Abang Sendiri | Seorang adik kandung yang marah akibat ditegur abangnya kerana jarang pulang ke rumah hilang akal dan pertimbangan sehingga tergamak membakar abang kandung sendiri di hadapan ahli keluarganya di Felda Palong 8 dekat sini, semalam.

Insiden mengejutkan itu berlaku pada pukul 5.30 petang apabila suspek berusia 21 tahun berang setelah menerima panggilan telefon daripada abangnya yang berusia 28 tahun yang menegurnya kerana jarang pulang ke rumah.

Perasaan marah itu semakin meluap apabila dia sekali lagi ditegur sebaik sahaja tiba di rumah, menyebabkan suspek yang hilang pertimbangan bertindak mencurahkan petrol ke muka dan badan abangnya sebelum menyalakan api menyebabkan mangsa melecur teruk.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Hamzah Alias berkata, mangsa yang tinggal di Batu Kikir dekat sini, telah pulang ke rumah keluarganya di Felda berkenaan sebelum bapanya memaklumkan yang suspek jarang pulang ke rumah dan dibimbangi terlibat dalam aktiviti dadah.

Beliau berkata, semasa adik-beradik itu 'berperang mulut', suspek yang ketika itu membawa minyak dipercayai petrol untuk diisi ke dalam motosikal bapanya telah cuba membakar kereta abangnya kerana terlalu marah apabila ditegur.

"Mangsa cuba menghalang suspek membakar kenderaan tersebut menyebabkan adiknya bertambah marah lalu bertindak menyimbah minyak itu di bahagian muka dan badannya.

"Suspek kemudian terus menyalakan api mengakibatkan abangnya terbakar dan kejadian cemas itu disaksikan oleh ibu bapa serta isteri abangnya sebelum suspek bertindak melarikan diri," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Palong sebelum dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dekat sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan di belakang badan, kepala, muka, dada dan kedua-dua belah tangan akibat melecur.

"Polis berjaya menahan suspek pada pukul 8 pagi ini di rumahnya dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.


Artikel Menarik




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130416/je_01/Adik-bakar-abang-kandung#ixzz2Qi7C0kvi



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.