Selasa, 30 April 2013

Selasa, April 30, 2013
Johan As,ari Serahkan Kepada Allah Urusan Jodohnya | Johan As,ari menyerahkan kepada ALlah S.W.T untuk urusan jodohnya dan mendoakan yang terbaik buat Nabila Huda selepas beliau mengetahui hubungan Nabila bersama Nas-T.

Johan As,ari Serahkan Kepada Allah Urusan Jodohnya

Menurut Johan, beliau masih lagi berhubung dengan Nabila menerusi laman sosial meskipun Nabila kini hak milik orang lain.

"Kami masih lagi berhubung dan bertanya khabar melalui Twitter seperti biasa. Tapi untuk hubungi dia melalui telefon itu tak adalah. Johan kena hormat hubungan mereka sebab sebelum ini dia (Nabila) pun dah buat pengakuan bercinta dengan Nas-T.

Sebagai kawan, Johan sokong dan sentiasa doakan yang baik-baik untuk mereka,” ujar Johan penuh tenang.

Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara berkenaan, aktor drama Karlos ini telah melahirkan rasa gembira dan berharap agar suatu hari nanti dirinya akan turut bertemu jodoh dengan insan yang lebih baik.

Malam sebelum itu Johan ada berdoa mengenai jodoh. Johan berdoa agar bertemu jodoh yang baik-baik.

Lepas bagun tidur esok paginya, saya terus terbaca artikel mengenai pengakuan cinta Nabila dengan Nas-T di dalam sebuah blog.

Menurut Johan lagi, "Semasa dapat tahu perkara tersebut Johan sedang berada di Mekah untuk menunaikan umrah dan rasanya mungkin itu adalah petunjuk Allah S.W.T untuk urusan jodoh saya."

Merujuk perkembangan terbaru, Johan baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Karlos untuk slot Aksi di TV3. Drama tersebut difahamkan telah mula menemui penonton sejak 4 Mac lalu pada setiap hari Isnin, jam 9 malam.

Artikel Menarik




sumber
http://www.ohbulan.com/mungkin-itu-pertunjuk-allah-untuk-urusan-jodoh-saya-johan-asari/




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.