Kanak-Kanak Maut Sampah Meletup | Seorang kanak-kanak berusia empat tahun terbunuh selepas tubuhnya melecur teruk akibat terkena letupan sewaktu melihat keluarganya membakar longgokan sampah di kuarters Klinik Kesihatan Kuala Ketil, dekat sini.
Kejadian berlaku jam 6 petang kelmarin dan mangsa, Amar Farhan Saiful Azhar yang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, disahkan meninggal dunia jam 12 tengah hari semalam.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa bersama kembarnya dan kakak mereka berumur enam tahun dikatakan melihat seorang daripada anggota keluarga membakar sampah.
Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, tiba-tiba berlaku letupan dan Amar Farhan yang duduk paling dekat dengan longgokan sampah yang dibakar terus disambar api menyebabkan hampir seluruh tubuhnya melecur.
“Saya tidak pasti apa punca letupan itu berlaku, mungkin dalam longgokan sampah itu ada tin mengandungi aerosol yang digunakan untuk menghalau nyamuk atau mungkin juga ada bahan gas lain yang boleh meletup,” katanya.
Artikel Lain
- Gambar Sheera Ayob Dengan Baby Bump
- Aksi Wawa Zainal Di Dalam Kereta
- Johan Raja Lawak Promosi Album Terbaru FAIZAL TAHIR
- Emma Maembong Mengaku Belajar Hingga Tingkatan Dua, Tak Pernah Ambil SPM
- Hentikan Fitnah, Luqman Hakim Bukan Pembuli Ketua Tingkatan
- Aziz Sattar Rela Jika Ada Yang Mahu Rampas Jawatan
- Penjenayah Larikan Diri Guna Dinamit di Perancis
- Siapa Lan Todak Gelar "BARUA, ANJING" Pada Family Shila Amzah?
- Gambar - Penyokong Pakatan Rakyat Di Tetak Penyokong UMNO
- Politik ~ Seorang Lelaki Parah Di Tetak Berebut Pasang Bendera
- Gagal Lemaskan Bayi, Remaja Perempuan Ditahan
sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Budakmautsampahmeletup//Article
0 comments:
Catat Ulasan
Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.