Khamis, 18 April 2013

Khamis, April 18, 2013

Kek Gulung Terpanjang Jepun Cipta Rekod Baru Dunia

Kek Gulung Terpanjang Jepun Cipta Rekod Baru Dunia | Sejumlah 90 orang tukang masak dan pelajar berjaya membuat kek gulung yang panjang seterusnya mencatat rekod dunia sebagai kek gulung paling panjang di dunia semalam.

Kek yang sepanjang 130.68 meter (m) itu diperbuat daripada gula seberat 43 kilogram (kg) dan menggunakan tepung sebanyak 54kg.

Sebanyak 2,682 biji telur digunakan untuk membuat kek tersebut.

Panjang kek itu diiktiraf oleh pihak Guinness World Records.

Ia memecahkan rekod kek gulung sepanjang 115.09m yang dibuat di Takasaki, Gunma, Jepun pada 19 November 2011. - Agensi


Artikel Menarik





Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0418&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2QmWSnz2F



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.