Isnin, 22 April 2013

Isnin, April 22, 2013
Kemalangan Federal Highway ~ Ayah Dan Adik Tahu Menerusi Facebook

Kemalangan Federal Highway ~ Ayah Dan Adik Tahu Menerusi Facebook | Kemalangan awal pagi semalam yang membabitkan lima motorsikal dan dua buah kereta serta lima nyawa terkorban hanya diketahui oleh keluarga mangsa melalui Facebook.

Kemalangan Federal Highway ~ Ayah Dan Adik Tahu Menerusi Facebook

Menurut laporan myMetro pagi ini, salah seorang adik kepada allahyarham Mohd Faridzuan, 21, mengetahui kejadian tersebut setelah beliau menonton satu video yang dimuat naik menerusi Facebook lalu mengejutkan kedua ibubapa mereka yang sedang tidur kira-kira jam 3.40pagi.


 “Saya hanya mengetahui anak saya terbabit kemalangan itu melalui Facebook (FB),” kata Mohd Aziz Saleh, 47, bapa Mohd Faridzuan, 21, yang terbunuh bersama empat lagi mangsa dalam kemalangan di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, awal pagi semalam.

“Dia bertanya kami berdua sama ada abangnya sudah pulang atau belum kerana berasa seperti ada sesuatu yang buruk menimpa Faridzuan.

“Saya segera mencapai telefon dan menghubungi Faridzuan berulang kali hampir 30 minit namun panggilan itu tidak berjawab,” katanya mula bimbang mengenai keselamatan anak sulungnya itu.


Kemalangan Federal Highway ~ Ayah Dan Adik Tahu Menerusi Facebook


Tambah Mohd Aziz, anak keduanya mengesyaki abangnya terbabit kemalangan itu selepas mengecam plat motosikal milik Faridzuan yang terpapar dalam Facebook.

Artikel Berkaitan




sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/30minittakberjawab//Article



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.