Ahad, 28 April 2013

Ahad, April 28, 2013
1
Kontroversi Norman KRU Kalau PAS Berkuasa Filem Dan Muzik Akan Hancur | Laman web hiburan Oh Artis telah mengeluarkan entri yang agak kontroversi berikutan kenyataan Norman KRU terhadap PAS menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Kontroversi Norman KRU Kalau PAS Berkuasa Filem Dan Muzik Akan Hancur

Menurut Oh Artis, Norman KRU atau nama sebenarnya Norman Abdul Halim berkata, industri Filem dan Muzik tempatan akan hancur seandainya negara dipimpin oleh PAS. Norman sendiri dilihat seakan sudah menyedari akan impak kenyataannya, dengan berkata,

"Sorry ye, apa yang bakal saya tweet ini mesti penyokong PR tak suka, tapi ini realiti - "Kalau PAS berkuasa, industri filem dan muzik kita akan hancur. Bukan saja industri filem dan muzik tempatan saja akan hancur, pengeluaran filem dan muzik antarabangsa di Malaysia akan turut terjejas"

Kontroversi Norman KRU Kalau PAS Berkuasa Filem Dan Muzik Akan Hancur

Semestinya pandangan Norman KRU yang bersifat peribadi dan berbau politik itu akan disambut "meriah" oleh penyokong mahupun pembangkang yang tetap mempertahankan apa yang mereka percayai. Apatah lagi PRU13 kini semakin hampir. 

Artikel Lain


1 comments:

  1. Penyakit cintakan dunia cmni la...bila dah sebati dalam jiwa apa pun x nmpak dah..

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.