Khamis, 25 April 2013

Khamis, April 25, 2013

Lagi Peragut Jadi Mangsa Belasahan Orang Ramai | Seorang peragut ditimpa nasib malang apabila bukan sahaja gagal mendapatkan hasil samun malah, dia cedera selepas menjadi ‘karung tinju’ sekumpulan penduduk yang menangkapnya dalam kejadian di Pangsapuri Permai Court di sini kelmarin.

Lagi Peragut Jadi Mangsa Belasahan Orang Ramai

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.30 malam itu, suspek yang berusia lingkungan 30-an tersebut dikatakan telah meragut beg tangan seorang wanita warga China sebelum jeritan mangsa didengari sekumpulan lelaki yang sedang bermain karom di bawah pangsapuri tersebut.

Difahamkan, mangsa dibelasah kerana dia cuba melawan untuk melepaskan diri setelah dikepung kira-kira 15 penduduk. Dia kemudian meminta maaf dan mohon dilepaskan.

Bagaimanapun permintaannya tidak diendahkan sebelum diserahkan kepada polis. Mengimbau semula kejadian itu, wanita yang dikenali sebagai Fei, 48, berkata, dia bersama seorang lagi rakan senegaranya sedang berjalan kaki menggunakan laluan alternatif untuk pulang ke rumah dari tempat kerja.

“Tiba-tiba peragut datang dari belakang dan terus merentap beg tangan yang saya pegang.

Artikel Lain



sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.