Isnin, 29 April 2013

Isnin, April 29, 2013

Lepas Emma Maembong Kini Zizan Di Gosipkan Dengan Elfira Loy | Memang hebat dugaan Zizan Razak kali ini, hanya dalam masa kurang daripada sebulan, tiga orang selebriti muda dan cantik telah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya.

Lepas Emma Maembong Kini Zizan Di Gosipkan Dengan Elfira Loy

Daripada pasangan duetnya, Kaka Azraff ke Emma Ma'embong dan yang paling baru Zizan digosipkan pula dengan aktres Elfira Loy.

Namun ketika beliau dihubungi wartawan portal murai, pengacara Melodi itu menafikan dakwaan bahawa dia dan Elfira Loy mempunyai hubungan istimewa.

"Saya tidak dapat menghalang orang ramai atau sesiapa saja yang mahu mengaitkan saya dengan mana-mana wanita.

"Itu semua hak mereka untuk membuat andaian dan meneka. Selagi nama sebenar tidak keluar dari mulut saya, maknanya itu adalah andaian semata-mata.

"Semua tahu, artis adalah milik masyarakat dan kami diperhatikan. Mungkin andaian itu menyumbang kepada cerita-cerita yang kurang tepat.

"Saya mengenali Elfira Loy sebagai rakan artis dan memang dia seorang gadis yang baik.

"Personalitinya pun menarik dan saya senang mempunyai teman seperti dia,"jawab Zizan tentang gosip cinta dia dan Elfira Loy.

Mengenai hadiah harijadi daripada wanita misteri yang didakwa kekasih hati Zizan dan nama Elfira disebut ketika mula cerita ini tersebar, Zizan memilih untuk merahsiakan perkara tersebut.

"Hadiah telefon bimbit itu siapa yang memberinya? Saya terpaksa rahsiakan siapa yang memberinya.

"Saya tidak kata bukan dari Emma atau Elfira atau sesiapa. Biarlah rahsia,"ujar Zizan sambil berseloroh.

Dikaitkan dengan ramai selebriti cantik dan top, Zizan tidak menolak jika dipertemukan jodoh dikalangan mereka.

Zizan turut menjelaskan sekali lagi mengenai wanita yang telah disebut-sebut sebagai kekasihnya.

"Saya memang ada menyebut berkenaan seorang wanita. Tetapi saya tidak sebut pula siapakah orangnya. Sama ada artis atau tidak, Habis di situ sahaja.

"Mungkin ketika itu pelbagai soalan dikemukan dan jawapan saya sudah bercampur- baur. Maka jadilah begitu.

"Tetapi tidak mengapa, kerana memang betul kalau boleh saya mahu tamatkan zaman solo sekitar usia 30. Ketika ini juga saya memang ada berkenan dengan seorang perempuan."

"Itu sahaja yang dapat saya kongsikan," kata Zizan yang ketika dihubungi sedang sibuk untuk raptai Raja Lawak 7.

Artikel Menarik



sumber
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=14618&c=1&s=1


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.