Jumaat, 19 April 2013

Jumaat, April 19, 2013

Macaulay Culkin Kini Jadi Pengemis Jalanan

Macaulay Culkin Kini Jadi Pengemis Jalanan | Satu ketika dahulu, Macaulay Culkin berjaya menjentik hati dan perasaan menerusi watak yang beliau lakonkan dalam filemnya yang popular Home Alone.

Filem "Home Alone 1" (1990) dan "Home Alone 2" (1992), beliau memegang watak sebagai Kevin dalam kedua-dua filem tersebut. Kedua-dua filem berkenaan adalah antara filem mesra keluarga yang popular di awal 1990-an.

Malangnya kini, Macaulay Culkin dilaporkan ditemui merayau-rayau di Kota London sehingga mendatangkan kebimbangan kepada rakannya.

Macaulay Culkin Kini Jadi Pengemis Jalanan

Menurut sumber, pelakon berusia 32 tahun ini kelihatan seperti seorang pengemis yang tidak mempunyai tempat tinggal.

"Selepas berparti bersama rakannya, dia menghilangkan diri dan keluar berkeliaran seorang diri.

"Apabila dihubungi rakannya, dia memberitahu sedang bersiar-siar namun keadaannya menggambarkan dia seperti seorang pengemis.

"Malah, rakannya sendiri tidak mengenali dia ketika itu," kata sumber itu.

Macaulay Culkin kini sebenarnya menghadapi masaalah ketagihan dadah yang menjadikan dirinya tidak terurus. Sebelum ini media pernah melaporkan keadaan diri Macaulay yang hamir kepada kematian berikutan ketagihannya itu.

Artikel Menarik



sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/bintang-home-alone-jadi-pengemis-1.150922


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.