Sabtu, 20 April 2013

Sabtu, April 20, 2013

Murid Maut Di Rempuh Pengiring Polis

Murid Maut Di Rempuh Pengiring Polis | Seorang murid yang juga pemain hoki Sekolah Kebangsaan Kampung Salang maut dalam perjalanan menjalani latihan apabila dirempuh kereta pengiring polis dalam kemalangan di Jalan Kaki Bukit, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang ketika murid Tahun Lima Mohamad Akmal Daniel Che Azni, 11, dikatakan mengayuh basikal untuk menyeberangi jalan menuju ke padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan, terletak kira-kira dua kilometer dari sekolahnya.

Murid Maut Di Rempuh Pengiring Polis

Bagaimanapun, kereta pengiring berkenaan yang datang dari arah Padang Besar gagal mengelak lalu merempuh mangsa menyebabkannya tercampak kira-kira 100 meter.

Dalam kejadian itu, mangsa yang mewakili sekolahnya untuk perlawanan hoki hari ini mati serta-merta di tempat kejadian dengan badannya hampir putus di bahagian pinggang.


Artikel Menarik






Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130420/je_03/MAUT-DIREMPUH-KERETA-PERONDA#ixzz2QxZIZJP5



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.