Isnin, 29 April 2013

Isnin, April 29, 2013
Noniswara Enggan Komen Isu Maznah Rampas Suami | Semalam, BH dan laman web hiburan sibuk memperkatakan tentang kisah rumahtangga Noniswara yang di ganggu oleh selebriti, Maznah Zulkifli.

Noniswara Enggan Komen Isu Maznah Rampas Suami


Apabila diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar pada Ahad yang mengaitkan pelakon Maznah Zulkifli sebagai orang ketiga kepada keretakan rumah tangganya, Nonis enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

Menurut Noniswara lagi, apa yang lebih penting sekarang dia dapat menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan segera dan tidak mahu memikirkan soal lain buat ketika ini.

"Saya tidak mahu mengulas kerana tidak mahu ia menjadi bertambah buruk tambahan pula ia bukan urusan saya. Apa yang penting sekarang kes penceraian saya dapat diselesaikan dengan baik.

"Dengan wanita mana dia (suami) mempunyai hubungan ia tiada kaitan dengan saya," katanya.


Dalam pada itu, Nonis atau nama sebenarnya, Monis Wara Baharudin, 43, juga menolak andaian sesetengah pihak yang keputusannya menarik balik perceraian itu mengundang persepsi seperti mahu berbaik-baik dengan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan.

"Saya menarik balik tuntutan itu kerana tidak mendapat kerjasama suami untuk bercerai secara baik di mahkamah apabila dia enggan menerima surat saman atau hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kes kami.

"Ramai menyangka saya tidak jadi bercerai dan mula melemparkan kata-kata negatif dengan mengatakan saya perempuan 'ting tong', 'sewel' dan 'gila talak'," jelasnya ketika dihubungi wartawan mStar Online pada Isnin.

Tambah Nonis, dia dan peguamnya, Datuk Amli Embong telah berbincang untuk menuntut penceraian secara fasakh terhadap Rosman bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka yang berlarutan hampir setahun.

"Saya mahu bercerai secara baik dan enggan kisah 'dalam kain' dibongkar di mahkamah tetapi dia enggan memberikan kerjasama dan mengelak daripada menyelesaikan masalah.

"Ini jalan yang terpaksa dipilih (tuntutan fasakh)," katanya.


Nonis dan Rosman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009.

Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu.


Artikel Menarik




sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/4/29/mstar_hiburan/20130429120106&sec=mstar_hiburan




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.