Selasa, 16 April 2013

Selasa, April 16, 2013
Pelancong Mabuk Bertumbuk Dengan Joki Kereta

Pelancong Mabuk Bertumbuk Dengan Joki Kereta | Satu rakaman video menunjukkan sepasang pelancong bergaduh dengan sekumpulan penjaga tempat letak kereta valet di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama, di sini, tersebar secara meluas di laman web.

Dalam rakaman video amatur menggunakan telefon bimbit selama satu minit 52 saat itu, dua pelancong lelaki dan juga perempuan terbabit berbalas tumbukan dengan sekumpulan lebih 10 pekerja valet berkenaan dipercayai berpunca daripada keengganan pelancong itu membayar parkir.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kedua-dua pelancong terbabit baru saja selesai berhibur di pusat hiburan yang terletak di dalam pasar raya berkenaan dan mahu mengambil kereta.

“Bagaimanapun pasangan itu dikatakan bertindak kasar terhadap pekerja valet yang berada di situ kerana tidak berpuas hati dengan kadar bayaran sebanyak RM10 yang dikenakan.

“Pada mulanya pekerja yang lain cuba menenangkan kedua pelancong terbabit, tetapi mereka bertindak semakin agresif sehingga pekerja-pekerja itu mula membalas pukulan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Az Lee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku Jumaat lalu di perkarangan tempat letak kereta valet pasar raya itu.

Artikel Lain


sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/2013041504093920130415040939/Article


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.