Peminat Kritik Tindakan Zain Saidin di Masterchef Selebriti 2013 | Program MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua dilihat lebih panas berbanding yang pertama dahulu. Kali ini empat selebriti iaitu Zain Saidin, Rozita Che Wan, Sathiya dan Lisdawati yang terpaksa berentap di zon penyingkiran.
Keputusan akhir juri nampaknya tidak memihak kepada Zain Saidin apabila pihak juri sebulat suara memutuskan bahawa dia perlu meninggalkan dapur MasterChef.
Berikutan itu, Zain dilihat mempertikaikan keputusan pihak juri sehingga menghamburkan kata-kata yang tidak sopan dan menimbulkan perbalahan di antara mereka.
Tadi juri ada tanya, berbaloi ke saya tanya kawan-kawan saya? Ya, saya rasa sangat berbaloi sebab kalau nak makan dengan nasihat chef satu tu je,tak mungkin saya dapat sampaikan apa-apa dalam pinggan ini. Tapi kawan-kawan bagitau bahan-bahan apa yang nak kena pakai dan sebagainya, jadi dapat juga saya sampaikan pancake yang worst chef pernah rasa tu.
Cara juri-juri judge kami punya makanan saya tak setuju. Maaf saya katakan.
Sebagai juri anda tak capai ke tahap pengadil yang adil. Jadi, tolonglah adil. Saya tahu tahap saya bukan chef sebab saya penghibur, tapi saya ucapkan terima kasih di atas kesempatan ini,” Ujar Zain penuh tegas.
Rozita Che Wan pula dilihat bersikap tenang dan seolah-olah mempertahankan tindakan teman lelakinya.
"Biasalah orang tengah marah macam-macam dia nak keluarkan.Kalau marah, kita kena diam. Bila dia diberi peluang untuk bercakap memang dari A sampai Z la dia keluar,” komen Che Ta atas tindakan kurang sopan Zain.
Tindakan Zain itu telah menerima pelbagai kritikan negatif dikalangan peminat menerusi laman Facebook MasterChef Malaysia sehingga ada yang mempertikaikan bagaimanakah Che Ta boleh menerima Zain sebagai kekasih hati.
Artikel Menarik
- Tikam Mata Buaya Usaha Terakhir Selamatkan Diri
- Emma Maembong Mengaku Belajar Hingga Tingkatan Dua, Tak Pernah Ambil SPM
- Gambar Terkini Anak Johan Raja Lawak
- Shaheizy Sam Tunjuk Bakat, Masak Nasi Goreng Thai Untuk 100 Orang
- Johan Raja Lawak Promosi Album Terbaru FAIZAL TAHIR
- Sharnaaz Ahmad Serik Guna Laman Sosial
- Aksi Wawa Zainal Di Dalam Kereta
- Sepasang Suami Isteri Temui Rangka Manusia Dalam Kereta Terbakar
- Video Ustaz Sekolah Pondok Belasah Murid
sumber
http://www.ohbulan.com/zain-saidin-bersikap-kurang-ajar-dengan-pengadil/
muka ok..tapi perangai tahap JAMBAN!!!
BalasPadam