Khamis, 4 April 2013

Khamis, April 04, 2013
Penangan Justin Bieber, 6 Sekolah Tunda Peperiksaan

Penangan Justin Bieber, 6 Sekolah Tunda Peperiksaan | Lima buah sekolah di Norway membuat keputusan mengubah semula jadual peperiksaan untuk membolehkan pelajar-pelajar sekolah berkenaan menghadiri konsert Justin Bieber, di Oslo.

Terdahulu, bintang pop Kanada itu dijadualkan akan mengadakan konsert di Arena Telenor, di ibu kota Norway pada 16 April dan 17 April ini. Lantas berita tersebut telah mencetuskan kebimbangan dikalangan pelajar di sekolah-sekolah terpencil kerana tarikh itu juga adalah tarikh mereka sepatutnya menduduki peperiksaan penggal pertengahan.

Justeru, pihak Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan Norway mengesahkan hari ini bahawa lima buah sekolah di rantau Alesund - yang terletak kira-kira 230 batu (375 kilometer) barat laut Oslo, dibenarkan mengubah semula tarikh peperiksaan bagi membolehkan pelajar-pelajar pergi menyaksikan konsert Bieber.

Ketua menterinya, Kristin Halvorsen berkata, sekolah-sekolah tersebut mempunyai hak untuk menukar tarikh untuk peperiksaan penggal pertengahan dan pihak kementerian tidak akan campur tangan dalam hal tersebut.

Walaupun sejak beberapa minggu ini, Bieber sering dikaitkan dengan macam-macam cerita 'panas'- masalah disiplin, dia dikatakan kini mengalami masalah ketagihan ganja, didakwa mula 'besar kepala', tak cukup dengan itu dia berdepan pula dengan dakwaan jenayah serta kontroversi hubungan cintanya bersama bintang remaja Selena Gomez.

Namun penyanyi yang popular dengan lagu As Long As You Love Me ini tetap menjadi pujaan jutaan peminat remaja di serata dunia.

Dan terbukti virus 'Bieber fever' masih berleluasa! Kalau tidak, masa kan ada sekolah yang sanggup tunda peperiksaan demi nak puaskan hati pelajar-pelajarnya. Untung lah...


Sumber
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/305232-5-sekolah-tunda-peperiksaan-demi-konsert-justin-bieber-justinbieber.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.