Ahad, 28 April 2013

Ahad, April 28, 2013

Pencarian Bakat - Adakah Anda Berminat Untuk Hidup Di Marikh? Adakah anda berminat untuk hidup di planet Marikh? Kalau ya, mungkin andalah calon yang sedang dicari-cari. Mars One, sebuah organisasi di Belanda dikatakan sedang mencari manusia pertama untuk menginjakkan kaki di planet Marikh.

Pencarian Bakat - Adakah Anda Berminat Untuk Hidup Di Marikh?
Inilah bentuk mukabumi planet Marikh yg bakal diduduki manusia 2023

Menurut The Guardian, pengasas organisasi itu, Bas Lansdorp berkata, manusia yang dihantar ke planet itu bagaimanapun, tidak akan kembali ke bumi.

“Manusia di Marikh akan mengalami penurunan ketahanan tulang dan otot sekiranya dihantar kembali ke bumi. Mereka berpotensi terdedah kepada radiasi tinggi sekali gus meningkatkan risiko kanser kerana penurunan imunisasi tubuh dan berhadapan dengan kemandulan,” katanya.

Menurutnya, calon harus memiliki kekuatan psikologi dengan akan dikirimkan dengan ubat-ubatan dan pihaknya akan mengajar cara bercucuk tanam kerana keperluan tenaga seperti matahari dan air wujud di sana.

“Empat calon akan ke sana dan misi ini akan bermula pada 2023 dengan menggunakan teknologi jentera seperti SpaceX,” katanya.

Beliau berkata, perjalanan mengambil masa lapan bulan untuk sampai ke planet itu.

Kini, seramai 10, 000 individu berusia antara 18 hingga 62 tahun disahkan mendaftar untuk mengikuti program tersebut.


Artikel Lain





sumber
http://goo.gl/MU3lN


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.