Isnin, 15 April 2013

Isnin, April 15, 2013

Piala Axiata: Malaysia Juara Menang Atasi Thai 3-1

Piala Axiata: Malaysia Juara Menang Atasi Thai 3-1 | Malaysia berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Piala Axiata buat kali pertama apabila menundukkan Thailand 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Cheras.

Malaysia berjaya menebus kekecewaan peminat tanah air  dengan memenangi Piala Axiata 2013 ini setelah gagal merangkul kejuaraan pada edisi lepas.

Kejohanan badminton ini menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3.1 juta).

Dengan kejayaan ini, Malaysia membawa pulang AS$400,000 (RM1.24 juta) manakala Thailand menerima AS$200,000 (RM620,000).

Malaysia bermula perlahan dengan gagal mengutip mata pertama apabila pemain perseorangan wanita, Sonia Cheah tewas di tangan  Ratchanok Inthanon 16-21 dan 17-21.

Bagaimanapun Malaysia menyamakan kedudukan menerusi beregu campuran  Goh Liu Ying/Chan yang menundukkan Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam 21-16 dan 21-15.

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei nyata tidak menghadapi masalah apabila mudah  memberi mata kedua kepada Malaysia dengan mengetepikan  Tanongsak Saensomboonsuk 21-12 dan 21-18.

Akhirnya, Malaysia memperoleh mata kemenangan apabila Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berjaya mengekang kehebatan  Boonsak Ponsana/Songphon Anugritayawon dengan 21-10 dan 21-17.


sumber
http://www.sinarharian.com.my/sukan/piala-axiata-malaysia-juara-atasi-thai-3-1-1.149956



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.