Isnin, 15 April 2013

Isnin, April 15, 2013

Polis Acheh Kuatkuasa Larangan Mengangkang Atas Motor

Polis Acheh Kuatkuasa Larangan Mengangkang Atas Motor | Pihak polis penguatkuasa syariah Acheh mula melancarkan operasi larangan wanita duduk mengangkang diatas motor di wilayah autonomi Indonesia di Acheh. Larangan tersebut telah diwarta sebagai undang-undang negeri Acheh beberapa bulan lepas.


Seramai 35 wanita di bandar Lhokseumawe, Aceh, diberi amaran oleh polis Syariah selepas membonceng motosikal secara mengangkang selain tidak menggunakan pakaian mengikut kehendak agama.

Anggota polis itu melakukan operasi di beberapa jalan bagi melihat sejauh mana penduduk khususnya wanita akur kepada undang-undang menegah mereka duduk mengangkang di belakang penunggang.

Menurut  pemangku Ketua Polis Syariah Lhokseumawe, Acheh Irsyadi berkata, "Ramai penduduk masih membonceng dengan cara biasa, mungkin mereka tidak faham peraturan, sebab itu kami beritahu mereka”

“Tujuan operasi pada hari ini ialah menguatkuasa dan memaklumkan kepada penduduk peraturan itu yang diumumlan oleh datuk bandar,” kata Irsyadi, pemangku ketua polis Syriah Lhokseumawe kepada Atjehpost.com.

“Kami juga memberi amaran kepada mereka yang tidak berpakaian sewajarnya mengikut kehendak agama. Kami harap mereka akan lebih sedar mengenainya menerusi operasi hari ini,” katanya.

Meskipun tidak ditahan, wanita terbabit diberi amaran tidak lagi membonceng dengan mengangkat selain mengelak memakai pakaian ketat.

“Ramai penduduk masih membonceng dengan cara biasa, mungkin mereka tidak faham peraturan, sebab itu kami beritahu mereka,” jelas Irsyadi.

Datuk Bandar Lhokseumawe, Suadi Yahya menjelaskan, undang-undang tertentu diperlukan bagi mengelakkan wanita memakai seluar di tempat umum.

“Kami mahu selamatkan wanita daripada perkara yang menyebabkan mereka dilihat melanggar Syariah,” katanya lagi. - AGENSI

Artikel Lain



sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wanitaditegurcarabonceng/Article


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.