Rabu, 10 April 2013

Rabu, April 10, 2013

Polis Buru Samseng Sekolah Belasah Ketua Tingkatan

Polis Buru Samseng Sekolah Belasah Ketua Tingkatan | Pihak polis kini sedang giat mengesan kumpulan pelajar sekolah menengah yang berseronok membelasah seorang pelajar lain (dipercayai ketua tingkatan kelas) dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Pulau Pinang.

Kejadian tidak berperikemanusiaan itu dirakamkan oleh salah seorang pelajar samseng itu dan video itu tersebar di Internet.

Polis Diraja Malaysia, menerusi laman Facebook rasminya, hari ini meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu-individu yang terlibat di dalam klip video tersebut supaya melaporkannya di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Pihak sekolah, mangsa atau keluarga yang terlibat juga diseru tampil untuk membuat laporan di balai polis terdekat," menurut kenyataan polis dalam laman Facebook itu.

Video berdurasi satu minit 32 saat itu memaparkan seorang remaja yang masih memakai pakaian sekolah dibelasah sekumpulan remaja lain, dipercayai rakan sekolahnya di dalam sebuah kelas.

Mangsa itu dilihat tidak melawan apabila seorang remaja yang memakai baju T berwarna kelabu menyerangnya bertubi-tubi - menumbuk, menendang dan menyiku mangsa ala Tomoi.

Kejadian itu turut disertai oleh dua lagi remaja lain yang turut sama membelasah mangsa. Salah seorang daripada mereka berbadan gempal.

Mangsa turut dipukul menggunakan objek keras dan pesta pembantaian itu hanya berhenti apabila seorang daripada anggota kumpulan itu meminta agar perbuatan itu dihentikan.

Dipercayai pembantaian itu disaksikan oleh lebih daripada lima orang dan kebanyakan mereka hanya tertawa melihat mangsa dijadikan punching bag bagi kumpulan samseng itu.

#Link video Ketua Tingkatan Kena Belasah Rakan Sedarjah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130410/je_01/Polis-cari-pelajar-samseng-belasah-rakan-sekolah#ixzz2Q0QWMoco



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.