Ahad, 14 April 2013

Ahad, April 14, 2013


Politik ~ Seorang Lelaki Parah Di Tetak Berebut Pasang Bendera

Politik ~ Seorang Lelaki Parah Di Tetak Berebut Pasang Bendera | Nampaknya ada rakyat Malaysia yang tidak mampu berfikir waras sehingga sanggup berbunuh kerana parti politik, apa nak jadi dengan rakyat Malaysia ni?

Menurut laporan SH, Seorang lelaki parah akibat ditetak ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman malam tadi.
 
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.
 
Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.
 
"Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan Afzan, Kuantan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Menurutnya polis sedang memburu kumpulan suspek yang dipercayai dianggotai 10 orang berusia antara 30 hingga 40 tahun.
 
Tiam berkata sehingga kini sebanyak tujuh laporan polis dibuat berhubung kes pergaduhan melibatkan parti politik dan ini merupakan kes pertama yang mendatangkan kecederaan.
 
Beliau mengingatkan penyokong parti politik supaya jangan bertindak di luar batasan dan sebaliknya membuat laporan polis sekiranya bendera dan poster parti mereka dirosakkan. - Bernama



sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/lelaki-parah-ditetak-ketika-pasang-bendera-parti-1.149673


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.