Isnin, 15 April 2013

Isnin, April 15, 2013

Presiden Kebajikan Artis, Aziz Sattar Rela Jika Ada Yang Mahu Rampas Jawatan

Presiden Kebajikan Artis, Aziz Sattar Rela Jika Ada Yang Mahu Rampas Jawatan | Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran yang juga seorang pelakon,  Datuk Aziz Sattar kecewa apabila ada pihak yang mempertikaikan perlantikannya sebagai Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) dan tidak kisah sekiranya ada yang mahu merampas jawatannya itu.

Datuk Aziz yang sebelum ini merupakan Timbalan Presiden PKAV berkata, jawatan yang dipegang itu berubah sejurus selepas presidennya, Datuk Ismail Hutson meninggal dunia pada Julai lalu dan dia difahamkan ada sebilangan ahli tidak berpuas hati apabila dirinya dilantik terus sebagai ketua persatuan tersebut.

"Apa yang saya lakukan sekarang ini (sebagai Presiden PKAV), saya buat dengan ikhlas. Ini semua adalah kerja sambilan tanpa meminta dibayar.

"Jika ada yang ingin mengambil alih, ambillah. Saya tidak kisah jika jawatan presiden ini dirampas. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan.

"Saya tahu, ada yang keluar daripada komuniti ini kerana tidak berpuas hati dengan perlantikan saya serta kerana menunda tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke Oktober depan dimana ia sepatutnya berlangsung pada Mac lalu," katanya.

Aziz ditemui pada sidang media Ziarah Syukur Ke Kedah anjuran PKAV di restoran Riverside, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad.

Tambah pelakon itu, sepanjang bergelar presiden PKAV, dia sedaya upaya cuba menambah dana persatuan berkenaan agar dapat membantu mana-mana artis yang memerlukan, tetapi tidak sangka dirinya tidak disukai sesetengah pihak.

Artikel Lain



sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/4/15/mstar_hiburan/20130414204324&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.