Rabu, 17 April 2013

Rabu, April 17, 2013

Putih Telur Mampu Rendahkan Tekanan Darah

Putih Telur Mampu Rendahkan Tekanan Darah | Mungkin ini satu berita baik kepada pengidap darah tinggi. Satu kajian terbaru saintis dari negara Amerika Syarikat telah menyokong pandangan awam bahawa sejenis bahan dalam putih telur mempunyai keupayaan merendahkan tekanan darah tanpa sebarang kesan negatif.

Menurut saintis tersebut, sejenis bahan dalam telur putih digemari pengguna yang mengambil berat mengenai kolesterol dalam kuning telur mempunyai kesan manfaat lain dalam merendahkan tekanan darah, lapor Science Daily.

“Kajian kami menunjukkan, mungkin ada sebab lain untuk memanggil bahan dalam telur itu sebagai luar biasa,” kata ketua kajian, Zhipeng Yu dari Universiti Jilin.

“Kami ada bukti dari makmal bahan dalam putih telur diberi nama peptida adalah satu daripada blok binaan protein.

“Ia mengurangkan tekanan darah sebanyak mungkin seperti dos rendah Captopril, sejenis ubat tekanan darah tinggi,” kata Zhipeng Yu.

Yu dan beberapa rakan dari Universiti Clemson, menggunakan sejenis peptida dipanggil RVPSL.
Bahan itu tergolong sebagai sejenis ubat seperti fungsi Captopril, Vasotec dan Monopril sebagai sejenis penukar enzim angiotensin (ACE). - AGENSI

Artikel Menarik



sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Saintisdakwabolehramalmasadepan/Article/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.