Rabu, 17 April 2013

Rabu, April 17, 2013

Selera Makan Makin Bertambah Sejak Hamil - Nurul

Selera Makan Makin Bertambah Sejak Hamil - Nurul  | Penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab, 36, mengakui selera makannya semakin menjadi-jadi sehingga berat badannya naik sebanyak dua kilogram (kg) menjadikan beratnya kini 60 kg.

Bagaimana pun kata Nurul, dia sehingga kini dia tidak pernah mengalami sebarang masalah atau alahan sepanjang tempoh 14 minggu kehamilan.

"Alhamdulillah, setakat ini saya tidak menghadapi sebarang masalah. Cuma selera makan sahaja yang tidak dapat ditahan, terutamanya masakan Melayu seperti nasi dagang, nasi beriani dan sebagainya," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Nurul yang hamil anak kedua, hasil perkahwinan dengan Eric Depp, 48, berkata, suaminya menyambut baik berita kehamilannya dan berharap memperoleh anak perempuan. Dia yang bernikah dengan Deep pada 6 Jun tahun lalu, sudah pun mempunyai anak, Ayu Nazirah bersama bekas suami, komposer Ajai berharap amat berharap mendapat anak lelaki.

"Saya dengan anak (Ayu Nazirah) kalau boleh nak bayi lelaki. Apa pun jantina yang bakal lahir nanti, saya tidak kisah, janji selamat.

"Kalau tidak ada aral melintang, saya dijangka melahirkan bayi ini pada 15 Oktober nanti iaitu sama bulan dengan tarikh kelahiran arwah ibu," katanya.

Jelas Nurul, dia akan terus aktif dalam bidang seni sehinggalah kandungannya mencecah usia tujuh bulan sebelum berehat sepenuhnya.

Artikel Menarik



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_06/Hamil-14-minggu-Nurul-tidak-alami-masalah#ixzz2QhU0zArG



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.