Isnin, 29 April 2013

Isnin, April 29, 2013
Sepasang Suami Isteri Temui  Rangka Manusia Dalam Kereta Terbakar | Penemuan mayat rentung didalam sebuah kereta Kancil yang sedang terbakar didalam ladang kelapa sawit yang tidak jauh dari rumah mereka mengejutkan sepasang suami isteri di Jalan Sri Gambut, Olak Lempit,  kelmarin.

Sepasang Suami Isteri Temui  Rangka Manusia Dalam Kereta Terbakar

Mayat ditemui kira-kira jam 6.15 petang, ketika pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum melihat sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbakar di lokasi kejadian.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, dia tidak sangka kepulan asap tebal dari arah sebuah kebun, di sini, rupanya kenderaan yang sedang terbakar dan tambah mengejutkan terdapat rangka manusia di bahagian pemandu.

Menurutnya, semasa cuba mendekati kenderaan terbabit, dia nyaris terkena serpihan besi akibat letupan yang berlaku sejurus api marak.

“Ketika kejadian tiada aktiviti mencurigakan berlaku termasuk tiada suspek yang dilihat berada di kawasan tersebut.

“Saya segera telefon pihak polis minta mereka datang ke tempat kejadian,” katanya.

Tinjauan forensik mendapati, terdapat empat tin berhampiran kenderaan itu dipercayai bahan mudah terbakar, selain satu botol kaca berwarna coklat.

Siasatan awal juga mendapati tiada sebarang aktiviti jenayah berlaku berikutan tiada senjata ditemui dalam kenderaan terbabit dan di kawasan sekitarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan penemuan mayat rentung dalam sebuah kenderaan di ladang berkenaan.

Katanya, buat masa ini, jantina mayat masih belum diketahui berikutan keadaannya yang terbakar 80 peratus dan pihaknya masih menunggu hasil bedah siasat.

“Polis masih menyiasat kejadian dan meminta Unit Forensik dan Unit Anjing (K9) membantu siasatan.

“Berikutan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.



Artikel Lain



sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/rangka-manusia-dalam-kereta-terbakar-1.154496


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.