Isnin, 15 April 2013

Isnin, April 15, 2013

Serius - Berdendam Sampai Ke Liang Lahad
Clare Burke
Serius - Berdendam Sampai Ke Liang Lahad | Dek kerana dendam yang tidak berkesudahan, seorang wanita tua yang berusia 78 tahun sanggup mencemar pusara isteri seorang lelaki yang pernah melukakan hati seorang sahabatnya.

Perbuatan wanita itu, Clare Burke bagaimanapun terbongkar apabila lelaki terbabit Ron Wilks, 77, memasang kamera litar tertutup di sebalik pokok berhampiran kubur isterinya.

Menerusi cctv yang dipasangnya Ron Wilks melihat Clare mencampakkan bunga layu dan batu kerikil pada kubur mendiang isterinya, Jill Wilks dan cucunya, Haryley Reynold selepas memasang kamera itu.

Majistret di Cheltenham, semalam diberitahu Clare bertindak mencemar kubur itu kerana berdendam terhadap Wilks.

Dia mendakwa Wilks bertunang dengan seorang wanita yang pernah berpacaran dengan bekas sahabatnya.

Pendakwa raya Sharon Jomaa berkata, video itu merakam perbuatan Clare mencampakkan beg penuh dengan bunga layu dan batu kerikil di atas kubur isteri Wilks.

Serius - Berdendam Sampai Ke Liang Lahad
RON WILKS  dan anaknya di kubur isterinya yang diganggu Clare.
Dia juga mencabut bunga segar dan menanam pokok yang sudah mati pada pasu di kubur di Coney Hill itu.

Wilks memberitahu mahkamah, dia mengenali Clare ketika bekerja dengan sebuah syarikat kewangan dan Clare pelanggan syarikat itu.

Kerana kesalahannya itu, Clare dikenakan hukuman tertunda selama 12 bulan dan dilarang melawat tanah perkuburan itu. Wanita itu juga diarah membayar kos ganti rugi berjumlah £100 (RM480).

Ini bukan kali pertama Clare berdepan dengan kes mahkamah. Dia pernah dituduh mengganggu bekas teman lelakinya dengan menghantar poskad mengecop lelaki itu sebagai penagih Viagra dan penipu. - Daily Mail

Artikel Lain



sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bawadendamsampaipusara//Article/index_html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.