Khamis, 25 April 2013

Khamis, April 25, 2013

Shaheizy Sam Akui Tergelak Diberitahu Kereta Nissan Failady Hilang

Shaheizy Sam Akui Tergelak Diberitahu Kereta Nissan Failady Hilang | Shaheizy Sam mengakui beliau tergelak saat diberitahu kereta Nissan FairLady 370z yang merupakan hadiah kemenangan untuk Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) hilang dicuri.

Tambah Shaheizy Sam lagi, dia berasa agak kelakar dan ketawa kerana menyangka berita itu adalah gurauan.

"Mula-mula diberitahu mengenai kereta saya itu hilang, saya terus tak fikir apa sebaliknya terus ketawa kerana saya fikir mereka hanya mahu mempermainkan saya.

"Bila saya diyakini ramai pihak yang memberitahu kereta saya itu benar-benar hilang, baru saya tahu ianya bukan gurauan. Malah sudah sampai ke Johor pun kereta itu dicuri.

"Tetapi Alhamdulilah kerana pihak polis amat cekap dan berjaya menemuinya.

"Kalau tidak, tak merasalah saya nak pandu kereta kemenangan ini,"katanya kepada murai.com.my selepas Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Hotel Holiday Villa Subang, petang kelmarin.

Kereta hadiah kemenangan Shaheizy Sam itu telah dicuri di sebuah pusat servis kereta di Segambut pada pagi Sabtu, 6 April lalu sebelum ditemui semula di Taman Skudai, Johor pada 10 April 2012.

Selain kereta, Shaheizy Sam juga turut berjaya membawa pulang set barang kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM150,000.

Shaheizy Sam memberitahu, kereta yang baru menjadi miliknya itu akan digunakan untuk aktiviti harian manakala barang kemas itu akan diberikan kepada ibunya yang juga pelakon, Khaty Fauziah.

"Mummy (Khaty Fauziah) merupakan pembakar semangat saya yang sentiasa menyokong kerjaya saya selama ini.

"Jadi hadiah barangan kemas ini, ada baiknya saya hadiahkan saja kepadanya," katanya.

Mengulangi kejayaan yang sama pada ABPBH 2010, Sam juga berjaya membawa pulang hadiah kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM140,000 dan barangan kemas Rafflesia Mandalay (edisi terhad) serta beberapa hadiah iringan lain.


Artikel Lain




sumber
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=14596&c=1&s=1





0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.