Selasa, 16 April 2013

Selasa, April 16, 2013

Suami Cemburu Merajuk Lari Ke Kubur Cina

Suami Cemburu Merajuk Lari Ke Kubur Cina | Seorang suami yang cemburukan isterinya yang kerap bertemu sepupu lelakinya, gagal mengawal perasaan dan  merajuk lalu membawa diri dengan memilih tanah perkuburan Cina Batu Lanchang, di sini, untuk menenangkan fikirannya, awal pagi kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, pasangan terbabit bertengkar apabila mengetahui isterinya itu kerap bertemu sepupu lelakinya sebelum ini.

Menurut sumber, ketika itu pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu dan anak mereka baru pulang dari makan malam dan ketika berada dalam kereta berlaku salah faham serta pertengkaran antara mereka.

“Lelaki terbabit dikatakan berang dan cemburu dengan perbuatan wanita terbabit.

“Ketika pertengkaran itu, lelaki berkenaan secara tiba-tiba memberhentikan keretanya di kawasan perkuburan Cina,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudian terus keluar dan berlari meluru masuk ke kawasan perkuburan meninggalkan isteri dan anaknya.

“Perbuatan lelaki itu turut dilihat pasukan peronda polis komuniti (CP) dan mereka yang khuatir lelaki itu kemungkinan mahu melakukan perkara buruk kemudian melancarkan gerakan mencari.

“Selain itu, mereka juga turut melaporkan kejadian kepada polis serta pasukan keselamatan lain, namun selepas dua jam mencari lelaki terbabit gagal ditemui,” katanya. Menurut sumber, selepas dua jam lelaki berkenaan akhirnya ditemui dan dia memberitahu terpaksa bersembunyi dalam gelap selepas melihat polis dan orang ramai mencarinya.

“Lelaki berkenaan mendakwa dia sebenarnya malu apabila melihat ramai pasukan keselamatan melakukan gerakan mencarinya sekitar kawasan perkuburan terbabit.

“Bagaimanapun, dia yang sudah tidak tahan berada dalam kawasan perkuburan itu terpaksa keluar dan menyerah diri sebelum dibenarkan pulang oleh anggota polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut kerana tiada laporan polis dibuat.

Artikel Lain




sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/2013041606562220130416065622/Article


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.