Rabu, 24 April 2013

Rabu, April 24, 2013

Suami Dukung Isteri Minta Bantuan

Suami Dukung Isteri Minta Bantuan | Seorang suami yang mendukung isterinya yang berdarah cuba meminta bantuan selepas kemalangan, namun malang baginya kerana usaha beliau tidak di endahkan pengguna jalanraya yang lain.

Sedih bila membaca sebuah berita yang dipetik dari myMetro hari ini apabila melihat sikap pengguna jalanraya yang enggan membantu mangsa kemalangan dalam satu kemalangan maut di Marang, Terengganu. Menurut mangsa,

 “Saya tergamam melihat kepala isteri berlumuran darah sebelum mendukungnya dan menahan beberapa kereta untuk meminta bantuan, tetapi langsung tidak diendahkan mereka.

“Lebih menyedihkan ada sebuah kenderaan pacuan empat roda yang memandu perlahan apabila melihat saya meminta tolong, tetapi terus memecut sebaik melihat keadaan kepala isteri berlumuran darah,” kata Mohd Azri Che Ali, 26, yang sebak apabila usaha menyelamatkan isteri, Tuan Syarifah Nur Fadzlena Tuan Safei, 22, gagal selepas mereka terbabit kemalangan jalan raya.

Isterinya disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, kelmarin.
Suami Dukung Isteri Minta Bantuan

Ketika ditemui di Unit Forensik HSNZ, bapa tiga anak itu berkata, dalam kejadian jam 3.45 petang itu dia menjemput isterinya yang bekerja di kedai serbaneka di Rhu Muda, di sini, untuk makan bersama keluarganya di Kampung Kelulut, di sini.

Malang apabila kereta Proton Saga dipandunya terbabas dan merempuh Perodua Kancil diletak di bahu jalan di selekoh berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang.


Artikel Lain




sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dukungisteriberdarah/Article


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.