Isnin, 15 April 2013

Isnin, April 15, 2013
Fasha Sandha Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah, Fasha Sandha Selamat Lahirkan Bayi Lelaki | Pelakon Fasha Sandha dan suaminya Jejai telahpun menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka apabila Fasha selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 9.21 pagi Isnin 15 April 2013.

Rizal Ashram suami kepada Fasha Sandha turut mengesahkan berita berkenaan menerusi laman Twitternya dan melahirkan rasa syukur atas kelahiran tersebut.

"Bayi lelaki telah dilahirkan. Seorang lagi untuk keluarga kecil kami. Isteri dalam keadaan baik. Alhamdulillah syukur kepada Allah," tulisnya dalam satu entri di Twitter.

Fasha dan Rizal telah berkahwin dalam satu majlis sederhana pada 27 April tahun lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.

Fasha Sandha Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Rizal atau lebih mesra dengan sapaan Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia empat tahun.

Tahniah buat Jejai dan Fasha Sandha.....

Artikel Lain




sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/4/15/mstar_hiburan/20130415114745&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.