Jumaat, 19 April 2013

Jumaat, April 19, 2013

Terkini - Tan Sri Aishah Ghani Meninggal Dunia

Terkini - Tan Sri Aishah Ghani Meninggal Dunia | Presiden UMNO yang juga merangkap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Tan Sri Aishah Ghani, 90  yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi kerana sakit tua..

Allahyarham merupakan Veteran UMNO dan bekas Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Jenazah allahyarham dibawa pulang ke rumah  No 3, Jalan Kota, Off Jalan Ledang di sini dan dijangka dikebumikan pada jam 6 petang ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah. – MediaUMNO

Artikel Menarik




sumber
http://www.umno-online.my/?p=81922



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.