Sabtu, 20 April 2013

Sabtu, April 20, 2013

Tiga Kenderaan Terjunam Dalam Lubang

Tiga Kenderaan Terjunam Dalam Lubang | Tiga buah kenderaan terjatuh ke dalam sebuah lubang yang terbentuk (jerlus) di atas permukaan sebatang jalan raya di kawasan kediaman Deering Selatan, Chicago kelmarin.

Dalam kejadian itu, tiga orang pemandu kenderaan itu tidak menyangka terdapat lubang tersebut yang terbentuk dengan tiba-tiba.

Seorang pemandu sebuah pikap dimasukkan ke hospital selepas kenderaan yang dipandunya memasuki lubang tersebut yang sedalam 4.57 meter.

Punca lubang tersebut terbentuk masih belum diketahui.

Bagaimanapun, hujan lebat dan banjir berlaku pada malam sebelum lubang itu terbentuk. - Agensi

Artikel Menarik



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0420&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2QxQxmW00



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.