Isnin, 29 April 2013

Isnin, April 29, 2013

Tikam Mata Buaya Usaha Terakhir Selamatkan Diri | Seorang lelaki hampir maut apabila kakinya digigit dan ditarik buaya masuk kedalam sungai di Sarawak.

Tikam Mata Buaya Usaha Terakhir Selamatkan Diri | Seorang lelaki hampir maut apabila kakinya digigit dan ditarik buaya masuk kedalam sungai di Sarawak.

“Ketika bergelut dengan buaya itu, mujur saya teringat pisau disimpan dalam poket seluar dan menggunakannya sebagai senjata menyerang matanya,” kata Micheal, 43, ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Menurut Micheal, dalam kejadian jam 11 pagi itu, dia yang berasal dari Kampung Jagoi Gunung, Bau pergi ke Sungai Bako berseorangan untuk memancing.

Katanya, sebaik memasang umpan pada mata kail, dia turun ke tebing sungai untuk membasuh kaki dan secara tiba-tiba kakinya digigit sesuatu sebelum ditarik masuk ke dalam sungai.

“Saya tikam mata buaya itu dengan pisau sebelum menyelamatkan diri,” kata mangsa serangan buaya dikenali sebagai Micheal, 43 di Sungai Bako, semalam.

“Saya yakin benda yang menggigit saya itu buaya dan ia cuba mengheret saya ke tengah sungai. Saya cuba berpaut pada pokok di tebing sungai dan pada masa sama menyepak kepala reptilia itu beberapa kali.



Artikel Lain



sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/2013042901154520130429011545//Article


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.