Khamis, 18 April 2013

Khamis, April 18, 2013
Tukang Sihir di Hukum Mati Penggal Kepala Budak
Gambar Hiasan
Tukang Sihir di Hukum Mati Penggal Kepala Budak | Pelbagai ragam dan rencah dalam dunia kita sekarang ni. Terbaru, seorang 'tukang sihir' di negara India dijatuhi hukuman mati kerana telah memenggal kepala seorang budak lelaki berusia 11 tahun dan memuja kepala mangsa untuk meningkatkan kekayaannya.

Mahkamah di negeri Chhattisgarh, tengah India, mensabitkan Dilip Rathia, 32, atas kesalahan membunuh kerana membunuh budak terbabit, kata polis.

“Kami ada bukti lelaki terbabit memenggal budak itu dan kepalanya dijadikan korban kepada dewi untuk mendapatkan tuah lebih baik,” kata pegawai penyiasat, Praful Thakur, melalui telefon.

Kes itu yang memaparkan kepercayaan kepada perkara ghaib mula diberi perhatian apabila polis menemui rangka kepala budak di kampung Barpali di daerah Raigarh, 195 kilometer ke timur laut Raipur. - AFP

Artikel Menarik




sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Padahpenggalkepalabudak/Article/index_html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.