Rabu, 24 April 2013

Rabu, April 24, 2013

Unik - 100 Pasangan Kembar Dalam Satu Kampung

Unik - 100 Pasangan Kembar Dalam Satu Kampung | Memang unik sekali apabila terdapat lebih 100 pasangan kembar ditemui didalam satu kampung. Ianya menggemparkan pakar-pakar kesihatan dan menarik minat mereka untuk mengkajinya.

Fenomena tersebut dilaporkan berlaku di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Mohammedpur Umari yang terletak dalam wilayah Uttar Pradesh.

Unik - 100 Pasangan Kembar Dalam Satu Kampung

Kampung tersebut kini dihuni oleh 6,000 penduduk, kemudahan asas seperti jalanraya juga tidak begitu sempurna, sekolah atau pun hospital.

Namun, perkara luar biasa berlaku apabila terdapat lebih daripada 100 pasangan kembar di kampung tersebut sejak 50 tahun lalu.

Unik - 100 Pasangan Kembar Dalam Satu Kampung

Menurut beberapa penduduk di perkampungan Dhumanganj yang terletak berhampiran Mohammedpur Umari, bilangan kembar itu mungkin mencecah 200 pasangan jika terdapat sebuah hospital di lokasi tersebut.

Lebih daripada 90 anak kembar yang dilahirkan dilaporkan meninggal dunia sejak kebelakangan ini kerana kesukaran mendapatkan rawatan perubatan.

Unik - 100 Pasangan Kembar Dalam Satu Kampung

"Bayangkan betapa indahnya jika semua anak kembar yang dilahirkan menetap di kampung ini," kata seorang penduduk kampung Mohammedpur Umari, Mohammed Asif.

Perkampungan itu mempunyai 80 peratus penduduk beragama Islam dengan 20 peratus lagi penganut Hindu. Namun fenomena kelahiran kembar itu berlaku dalam kedua-dua komuniti tersebut. - Agensi


Artikel Lain



Sumber :
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2RLHf5EaY
http://www.dailymail.co.uk/health/article-2312732/Indian-village-just-6-000-inhabitants-100-pairs-twins.html



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.