Isnin, 22 April 2013

Isnin, April 22, 2013
Update - Kronologi dan Senarai Penuh Lima Mangsa Kemalangan di Federal Highway

Update - Kronologi dan Senarai Penuh Lima Mangsa Kemalangan di Federal Highway | Akhbar B Harian telah mengeluarkan senarai penuh kelima-lima mangsa kemalangan maut yang berlaku semalam di Federal Highway.

Kemalangan tersebut yang membabitkan dua buah kenderaan dan tiga motosikal telah menyebabkan beberapa kekeliruan berlaku. dibawah Kezoom cuba menjelaskan keadaan sebenar berdasarkan carian di laman web dan internet.

Mangsa yang di langgar kereta Honda City

  1. Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21. 
  2. Amirul Faiq Zainuddin, 22.

Mangsa yang datang memberi bantuan (penumpang kereta BMW)
  1. M Kalaychelven, 50.

Mangsa yang melanggar kereta BMW
  1. Syahmie Farid Izzat Samsudin Shah, 21, 

Pemandu Honda City
  1. Wilson Lee, 22, 

Kronologi kejadian,

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata dalam kejadian pada 3 pagi itu, kereta yang dipandu Lee menghala ke Klang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tiga motosikal sedang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

Rempuhan itu menyebabkan kereta berkenaan terbalik beberapa kali dan Lee terhumban keluar kira-kira 50 meter daripada keretanya.

Akibat kejadian itu Lee dan dua penunggang motosikal iaitu Muhammad Faridzuan dan Amirul Faiq mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan kaki.

"Pada masa sama, sebuah kereta lagi berhenti di lorong kecemasan dan penumpang belakangnya, Kalaychelven keluar untuk memberi bantuan kepada mangsa tetapi sebuah motosikal yang ditunggang Syahmie Farid Izzat tiba-tiba datang dari arah belakang, hilang kawalan dan melanggar Kalaychelven.

"Akibat perlanggaran itu, Syahmi Farid Izzat yang cedera parah di kepala dan Kalaychelven yang cedera parah di kepala dan putus kaki kiri, turut meninggal dunia di tempat kejadian," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Kesemua mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat dan sudah dituntut oleh keluarga masing-masing.


Nasihat Polis


Ditanya mengenai kemungkinan pemandu kereta yang hilang kawalan itu dalam keadaan mabuk, Zahedi berkata, pihaknya sudah mengambil contoh darah mangsa untuk ujian dan keputusannya hanya diketahui dalam tempoh dua minggu.

Beliau menyangkal dakwaan kononnya kesemua mangsa penunggang motosikal itu terbabit dalam aktiviti merempit sebelum kejadian itu.

Beliau turut menasihatkan semua penunggang motosikal supaya menggunakan lorong motosikal bagi menjamin keselamatan mereka.

"Bagi mereka yang ingin memberhentikan kereta untuk membantu mangsa kemalangan, mereka perlu mengutamakan keselamatan diri terlebih dulu sebelum mengambil tindakan membantu orang lain," katanya.


Artikel Berkaitan



sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/5mautkeretarempuhtigamotosikalberhentidilorongkecemasan/Article/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.