Isnin, 15 April 2013

Isnin, April 15, 2013
Wan Zack Menyerlah Dalam Gementar


Wan Zack Menyerlah Dalam Gementar | Pemain muda negara Wan Zack Haikal Wan Noor tampil bergaya dan menyerlah pada penampilan pertamanya bersama kelab FC Ryukyu ketika menang 2-1 menentang Sagawa Printing SC dalam aksi Liga Divisyen Tiga Jepun di laman sendiri semalam.

Biarpun gembira dengan kemenangan ketiga diraih pasukannya dalam enam perlawanan itu, Wan Zack bagaimanapun sedikit terkilan kerana gagal menjaringkan gol. “Saya beraksi kurang baik pada babak pertama, agak gementar kerana ini aksi pertama bersama kelab baru. 

Saya bermain lebih baik pada babak kedua, membantu pasukan melancarkan serangan. “Saya minta maaf kepada peminat kerana tidak menjaringkan gol,” katanya yang terharu apabila peminat menjerit namanya sepanjang perlawanan itu.

Penampilan Wan Zack Haikal dalam aksi menentang pasukan tangga ke-13 Sagawa menarik perhatian Ultras Ryukyu yang hadir ke Stadium Okinawa Athletic dengan mengibarkan bendera Malaysia. Ketika pemain berusia 22 tahun itu mendapat peluang pertama beraksi, seorang lagi pemain negara Nazirul Naim Che Hashim pula terpaksa diketepikan akibat kecederaan buku lali. 


Aksi babak pertama nyata memihak Sagawa yang mendahului permainan menerusi jaringan Kei Nakano selepas penjaga gol tuan rumah Kenji Tanaka membuat kesilapan meninggalkan posisinyapada minit ke-17. 


FC Ryukyu hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-25 menerusi rembatan Jumbei Okata selepas mendapat umpanan Wan Zack Haikal namun berjaya diselamatkan Testsuya Yamaoka.


Pada separuh masa kedua FC Ryukyu menyusun permainan lebih baik dan berjaya mengikat kedudukan hasil sepakan percuma penyerang Shunta Takahashi dari jarak 25 meter yang menggegar gawang. Anak buah Norihiro hampir menggandakan jaringan lima minit kemudian namun sepakan Jumpe Obata dihalang Tetsuya. 

Pada minit ke-80, Wan Zack Haikal digantikan dengan penyerang Takumi Uesato. Gol kemenangan dicari-cari FC Ryukyu akhirnya hadir menerusi jaringan pada masa kecederaan oleh Kazuki Ganaha.


Sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/WanZackmenyerlah_/MA/Article/index_html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.