Khamis, 18 April 2013

Khamis, April 18, 2013
Waterboarding Teknik Seksa Tahanan Yang Paling Di Geruni

Waterboarding Teknik Seksa Tahanan Yang Paling Di Geruni | Istilah "Waterboarding" adalah satu istilah untuk penyiksaan tahanan yang paling digeruni dan mula wujud sejak tahun 1800 lagi dan ianya mula dilaporkan di akhbar sekitar tahun 1976.

Waterboarding Teknik Seksa Tahanan Yang Paling Di Geruni

Secara asasnya, teknik waterboarding adalah satu teknik mudah. Ianya hanya perlukan sehelai kain dan sebekas air untuk dicurahkan ke muka tahanan. Kebiasaannya tangan dan kaki tahanan akan diikat atau digari terlebih dahulu, selepas itu tahanan akan ditutup atau diikat muka dengan sehelai kain kemudiannya air akan dicurahkan ke muka atau saluran pernafasan tahanan tersebut.

Waterboarding Teknik Seksa Tahanan Yang Paling Di Geruni

Para tahanan yang dikenakan teknik ini biasanya akan berasa sangat takut kerana kelemasan. Serta merta tahanan akan cuba bekerjasama dengan memberitahu maklumat yang diinginkan, bagaimanapun tidak semua maklumat ini akan menjadi benar.

Waterboarding Teknik Seksa Tahanan Yang Paling Di Geruni

Waterboarding mampu menyebabkan kesakitan yang amat sangat kepada diri tahanan, mati kelemasan, kerosakan kepada paru-paru, kerosakan otak akibat kekurangan oksigen dan kecederaan fizikal yang lain termasuk tulang yang patah kerana tahanan akan cuba melawan melepaskan diri.

Waterboarding Teknik Seksa Tahanan Yang Paling Di Geruni

Pada musim luruh tahun 2006~2007, pada zaman Presiden George Bush berkuasa, teknik waterboarding dilaporkan digunakan secara meluas bahawa Central Intelligence Agency (CIA) telah menggunakan teknik waterboarding ke atas banduan terutamanya tahanan Guantanamo.

Setelah didesak, akhirnya CIA telah mengesahkan waterboarding telah digunakan keatas tiga Al-Qaeda suspek, Abu Zubaydah, Khalid Sheikh Mohammed, dan Abd al-Rahim al-Nashiri, pada tahun 2002 dan 2003.

Januari 2009, dengan perubahan dalam pentadbiran negara Amerika, Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barack Obama telah mengharamkan penggunaan waterboarding dan lain-lain bentuk penyeksaan dalam soal siasat tahanan. Bagaimanapun, dipercayai teknik ini masih digunakan dalam senyap dan terancang.

Artikel Menarik



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.