Rabu, 3 April 2013

Rabu, April 03, 2013

Yasmin Hani Jadi Mangsa Ragut

Yasmin Hani Jadi Mangsa Ragut | Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani berhadapan detik cemas apabila menjadi mangsa ragut penunggang motosikal yang cuba meragut beg tangannya di lampu isyarat Mutiara Damansara ketika dalam perjalanan ke set penggambaran.

Memetik laporan portal Murai, suami Yasmin Hani, Sha'arin Mohamed, 49, berkata ketika ini isterinya itu masih terkejut dengan kejadian itu.

"Saya juga agak terkejut apabila diberitahu berita ini. Tapi Alhamdulillah dia (Yasmin) berada dalam keadaan baik. Cuma tangannya saja yang luka sedikit kerana cuba menyelamatkan tas tangannya daripada diambil.

"Kejadian berlaku begitu pantas. Dia berhenti di lampu isyararat dan selepas itu dia dapati cermin keretanya dipecahkan oleh seorang penunggang motosikal dari sebelah kiri kereta dan kemudian terus cuba menarik tas tangan Hani.

"Dalam keadaan panik, Hani menarik semula beg tangan berkenaan daripada diambil dan dalam masa yang sama menjerit. Kemudian peragut berkenaan terus lari," ujarnya.

Menurut Sha'arin, isterinya sudah membuat laporan di balai polis dan keretanya juga sudah dihantar ke bengkel untuk dibaiki.

http://mediahiburan.karangkraf.com/memang-hot/yasmin-hani-diragut-1.145311


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.