Selasa, 30 April 2013

Selasa, April 30, 2013
Yusof Haslam Enggan Masuk Campur Status Cinta Syamsul Dan Puteri Sarah | Bapa kepada penerbit dan pengarah muda Syamsul Yusof, Datuk Yusof Haslam mahu anaknya itu menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya pembikinan filem.

Yusof Haslam Enggan Komen Status Cinta Syamsul Dan Puteri Sarah

Yusof Haslam enggan membuat sebarang komen mengenai hubungan anaknya itu, menurut Yusof buat masa ini dia mahu Syamsul memberi tumpuan kepada filem arahannya, KL Gangster 2 yang masih di dalam pembikinan.

"Sama ada saya tahu atau tidak saya tidak mahu komen (mengenai hubungan cinta Syamsul).

"Syamsul kini berada di Bangkok, Thailand untuk urusan filem arahannya, jadi saya minta dia tumpukan perhatian untuk menyiapkan filem itu dahulu," katanya.

Ditanya sama ada dia merestui, jika benar anaknya itu menjalinkan hubungan dengan Puteri Sarah, bagi Yusof sebagai seorang dewasa, Syamsul mempunyai hak untuk membuat keputusan.

"Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak mahu komen apa-apa berkaitan hubungan ini.

"Sebagai seorang yang dewasa Syamsul mempunyai hak untuk membuat pilihan hidup, cuma buat masa ini saya mahu dia segera menyiapkan kerjanya dahulu," katanya.

Kisah percintaan Puteri Sarah dan Syamsul mula menjadi perhatian apabila bekas kekasih Puteri Sarah, Ammar Alfian baru-baru ini membuat pengakuan terbuka mengenai hal itu kepada sebuah portal berita dan mendedahkannya menerusi lauhan hati dilaman sosial seeprti Facebook dan Twitter.

Artikel Menarik



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130429/hi_05/Yusof-Haslam-enggan-komen-hubungan-Syamsul-Puteri-Sarah#ixzz2Rx0pz400



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.