Khamis, 25 April 2013

Khamis, April 25, 2013
Zain Saidin Tunjuk Watak Sebenar Semasa Sertai Masterchef | Ramai yang telah tahu Zain Saidin menarik diri dari menyertai Masterchef Selebriti Malaysia 2 yang mana setiap artis yang menyertainya akan mewakili badan kebajikan yang telah ditetapkan.

Zain Saidin Tunjuk Watak Sebenar Semasa Sertai Masterchef

Satu pendedahan telah dibuat oleh portal hiburan terkenal punca dan sebab kenapa Zain menarik diri dari rancangan Masterchef Selebriti tersebut. Ceritanya bermula apabila aktor tersebut  telah menunjukkan tingkah laku yang amat tidak disenangi oleh ketua juri  dalam rancangan tersebut iaitu Chef Jo.

Jelas Chef Jo atau lebih mesra di panggil Papa Jo oleh peserta, memerhatikan  sikap Zain yang hanya merasakan dirinya sahaja betul dan sukar untuk menerima teguran orang lain malah khabarnya juga aktor tersebut bertindak memarahi  krew produksi apabila dia diminta untuk menyalin resepi yang dimasak. Amboi kereknya!

Sepanjang beliau terbabit dalam rancangan ini, Papa Jo juga  nampak setiap kali Zain ke pantri dia akan mengambil sebiji epal walaupun ia tidak digunakan dalam resepi,beliau akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja mengambil sekotak susu di dapur dan minum dan buka sambil digunakan untuk masak.

Tambahnya lagi, Zain juga ada berkelakuan seperti ingin mencabar tahap kesabaran juri-juri dan contohnya apabila Chef Zubir sedang memberikan penerangan beliau akan memotong  dan memberi seribu satu alasan.

Pada pandangan Chef Jo, Zain Saidin cuba untuk menunjukkan satu karakter. Sikap yang ditunjukkan Zain dalam rancangan itu dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada dirinya sendiri kerana ramai remaja di luar sana memandang tinggi  keperibadiannya sebagai seorang guru di dalam rancangan pendidikan Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti ini.

Bak kata orang sikap manusia itu sukar untuk diubah kerana ia sudah sebati dengan diri,namun itu bukan satu alasan untuk kita tidak menghormati orang lain dan mempunyai sifat untuk bertolak ansur di antara satu sama lain dan sebolehnya cuba untuk bersikap sopan apatah lagi menyedari bahawa diri kita dipandang tinggi oleh golonggan muda di luar sana dan jangan pernah anggap bahawa ia sekadar lakonan di kaca tv, habis lakonan habislah apa yang terjadi di luar sana tidak penting.

Artikel Lain




sumber
http://ohartis.com/2013/04/sikap-zain-saidin-masterchef-selebriti-malaysia-2/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.