Rabu, 8 Mei 2013

Rabu, Mei 08, 2013
2 GAMBAR - Adira Kini Bertudung

2 GAMBAR - Adira Kini Bertudung | Adira yang muncul dengan imej bertudung dalam satu program di Wangsa Melawati di sini baru-baru ini menimbulkan tanda tanya peminatnya sama ada itu adalah penampilan terbaharunya atau sekadar sementara.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, yang ditanya menjelaskan, penampilan bertudung itu sebenarnya ketika dia menghadiri kelas agama di bawah program Usrah Fitrah.

Katanya, dia mengikut kelas agama itu selepas dicadangkan oleh rakan artis, Heliza Helmi.

"Sewaktu kami mengadakan persembahan di Perlis baru-baru ini, Heliza ada bercerita dan saya tidak sabar untuk datang ke kelas ini.

"Alhamdulillah, kawan-kawan yang sudah mengikuti kelas ini banyak membantu. Lagipun adalah menjadi kewajipan setiap insan untuk mendalami ilmu agama," 

Penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Rindu bersama Hafiz itu berkata, walaupun dia bertudung ketika menghadiri kelas agama, itu tidak bermakna dia akan terus bertudung.

2 GAMBAR - Adira Kini Bertudung

Tambah Adira, untuk tempoh ini dia lebih senang tampil dengan imej sedia ada dan apabila tiba masanya, dia juga akan mengenakan tudung seperti yang dituntut oleh agama Islam.

"Ya, saya pakai tudung ketika menghadiri kelas agama ini, di luar saya seperti biasa. Insya-Allah, bila sampai masanya saya juga akan bertudung tanpa dipinta oleh sesiapa.

"Sekarang ini saya ingin mendekatkan diri dengan ilmu agama sebagai pelengkap hidup. Di waktu yang sama, saya tetap meneruskan kegiatan dalam bidang seni kerana itu adalah sumber pendapatan saya," katanya yang kini aktif berlakon.






Artikel Menarik




sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130507/hi_05/Kemunculan-Adira-dengan-imej-bertudung-timbul-tanda-tanya#ixzz2SdAUfMI4



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.