Sabtu, 11 Mei 2013

Sabtu, Mei 11, 2013
3R Akan Kembali Temui Peminat | Pasti ramai yang masih ingat rancangan 3 R kendalian TV3 satu masa dahulu. Bagi kaum hawa, program 3R memang sangat dinantikan kerana informasi yang padat disalurkan kepada penonton kira-kira sedekad yang lalu.

3R Akan Kembali Temui Peminat | Pasti ramai yang masih ingat rancangan 3 R kendalian TV3 satu masa dahulu. Bagi kaum hawa, program 3R memang sangat dinantikan kerana informasi yang padat disalurkan kepada penonton kira-kira sedekad yang lalu.

Dikenali sebagai 3R (Respek, Relaks, Respon), program ini mula diperkenalkan pada tahun 2000 dan kini ia kembali untuk musim yang ke-14.

Di awal kemunculan 3R, barisan hosnya diterajui oleh Azah Yasmin Yusof (Azah), Rafidah Abdullah (Rafidah), Low Ngai Yuen (Yuen), Kartini Ariffin (Tini) dan Celina Khor (Celina).

Apa yang membuatkan 3R dekat di hati penonton adalah persembahan sketsa mengenai sesuatu isu atau masalah sosial yang dilakonkan semula oleh para hos mampu mengubah persepsi dan memberi solusi kepada para penonton terhadap isu-isu berkaitan sosial.

Seiring dengan usaha untuk memartabatkan kaum wanita khususnya golongan remaja, Penerbit Eksekutif 3R, Datin Paduka Marina Mahathir berpendapat bahawa masih ada segelintir kaum hawa yang belum atau tidak mendapat perhatian oleh sesetengah pihak.

Walaupun kaum wanita merupakan 50% daripada populasi masyarakat Malaysia tetapi golongan ini masih tidak mendapat peluang yang sama rata dalam bidang politik, perniagaan mahupun akademik.

Menurut Lina Tan selaku Penerbit Eksekutif Bersama 3R, program ini berupaya menyediakan platform paling sesuai kepada golongan remaja dan muda terutamanya kaum wanita untuk bertukar pendapat tentang isu-isu yang dipaparkan supaya tidak berlakunya diskriminasi.


3R dijangka akan mula disiarkan di TV3 pada bulan Ogos ini. Episod-episod awal 3R akan dimulakan dengan ‘Projek 3R’ yang memaparkan pemilihan hos baru pada setiap hari Sabtu jam 6 petang bermula 24 Ogos hingga 5 Oktober 2013.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai pencarian hos 3R, anda boleh layari laman web 3R sendiri untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Artikel Menarik


sumber
http://www.ohbulan.com/3r-kembali-menemui-peminat/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.