Jumaat, 3 Mei 2013

Jumaat, Mei 03, 2013
1
7 Sebab Sumpah Laknat Saiful Bukhari 2 Di Ragukan | Semalam dunia politik Malaysia kecoh seketika apabila Saiful Bukhari membuat sidang media dan mendedahkan video sumpah laknat kali ke 2 di hadapan Kaabah ketika beliau melakukan Umrah.

7 Sebab Sumpah Laknat Saiful Bukhari 2 Di Ragukan



Bagaimanapun, sumpah tersebut kini diragukan dan dipertikaikan oleh pihak pembangkang kerana beberapa sebab. Dibawah admin Kezoom cuba menyenaraikan 7 sebab tersebut menerusi pencarain dilaman web.

1. Keraguan pada minit 1.03 saat.
Di saat tersebut (1.03) ada seorang hamba ALLAH berbaju putih dilihat melalui di belakang badan Saiful. Seperti bertindih dengan Saiful walhal badan Saiful tidak sama sekali bergerak mahupun tersentuh.

2. Penggunaan Teknik Superimposed
Gambar didakwa superimposed dan nampak pertindihan imej yang ketara dengan jemaah di belakang yang sedang bergerak juga gambar yang closed-up.

3. Pengalaman Seorang Jemaah di Kaabah
Melalui pengalaman seorang jemaah semasa membuat umrah, kamera beliau pernah di rampas bukan di dalam tapi diluar Masjidil Haram semasa cuba merakamkan gambar. Persoalannya kenapa Saifful boleh mengambil video tanpa di kesan pegawai kesalamatan?

4. Pengalaman Seorang Jemaah di Kaabah
Kalau pun video itu boleh di rakam, selalunya jemaah di belakang (kalau bukan semua pun) akan memerhati beliau (sedikit curios), jika seseorang itu sedang mengambil video dan akan memandang ke arah kamera. Sedangkan didalam video tersebut tidak seorang pun jemaah memerhati Saiful semasa video itu sedang dirakamkan. Semuanya berjalan selamba di belakang Saiful seolah tiada apa yang berlaku di hadapan mereka.

5. Kedudukan Video Saiful Tinggi Dari Jemaah Lain Dan Keraguan Menara Jam
Dari sudut video Saiful, kelihatan kedudukan Saiful lebih tinggi dari jemaah yang lain. Juga Sumpah laknat pada April 2012. Menara jam dan bangunan sekitarnya siap sepenuhnya JUN 2012.(minit 0.11)

6. Tempat Bukan di Kaabah
Jika dilihat akhir video Saiful, ada jemaah yang sedang bertahiyat.. jelas ia bukan di Multazam dan besar kemungkinan ia berada jauh dari depan Kaabah di mana selalunya terlalu ramai jemaah duduk tawaf rukun umrah dan tawaf sunat ziarah.

7. Tanda hitam didahi Saiful
Terdapat pihak mendakwa tanda kehitaman didahi Saiful kelihatan menerusi gambar semasa beliau melakukan Umrah (dalam blog Saiful sendiri), namun didalam video tanda kehitaman tersebut telah tiada.

Wallahualam, apa yang kami senaraikan adalah pencarian menerusi laman web terutamanya blog yang kami letakkan sumber dibawah. Pihak Kezoom tidak berniat untuk menyebelahi atau mewakili mana-mana pihak atau parti, sebarang keraguan, kesalahan dan kesilapan (jika ada) didahulukan dengan permohonan maaf dan amat kami kesali.

Artikel Menarik



sumber
http://greenboc.blogspot.com/2013/05/bongkar-video-sumpah-laknat-saiful-di.html


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.