Jumaat, 3 Mei 2013

Jumaat, Mei 03, 2013

A Aida Sah Cerai Talak Dua |  A Aida yang sah bercerai talak dua dengan suaminya Deputi Superintendan Suffian Sulaiman di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengakui lega dan tenang selepas kesnya berjaya diselesaikan di mahkamah semalam.

A Aida Sah Cerai Talak Dua


Bagaimanapun, Aida sebelum itu agak terkejut selepas Suffian memaklumkan mahu menceraikannya dengan talak tiga semasa pertemuan di dalam kamar Hakim Syarie Umamuddin Yunus.

Sebelum itu, Suffian bertegas untuk menceraikan Aida dengan talak tiga, bagaimanapun, Umamuddin menegur tindakan Suffian kerana ia haram dan berdosa.


Mahkamah turut memerintahkan Suffian membayar nafkah idah RM3,000 selama tiga bulan berturut-turut kepada Aida dan Suffian turut bersetuju memberikan nafkah anak sebanyak RM300 sebulan.


“Alhamdulillah semuanya selesai.Saya tidak kisah, janji sudah bercerai,” katanya.

Suffian, 44, kemudian dipujuk oleh peguam Ismail Mohamad yang mewakilinya. Turut berada di kamar hakim ialah peguam Zulkifli Che Yong bagi pihak Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 41.

Pasangan itu bercerai secara baik di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 selepas Aida memfailkan permohonan pada 27 September tahun lalu.

Mereka juga bersetuju untuk menjaga anak tunggal bersama, namun hak jagaan kekal diberikan kepada Aida manakala Suffian dibenarkan hak melawat.

Suffian kini bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman. Aida dan Suffian bernikah, 20 April 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 4.


Pemilik A. Aida Productions Sdn. Bhd. itu sebelum ini pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng, 43, atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail pada 1994.

Ikatan perkahwinan pasangan itu bagaimanapun terlerai pada 17 Disember 2003 melalui perceraian talak satu. Perkahwinannya dengan Ameng dikurniakan dengan dua cahaya mata, Wan Aleesa, 17, dan Wan Natassha, 12.





Artikel Menarik




sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/a-aida-dicerai-talak-dua-1.156298


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.