Rabu, 22 Mei 2013

Rabu, Mei 22, 2013
Adam Sandler Di Racun Pembantu Rumah | Ibarat kata pepatah, harapkan pagar, pagar makan padi. Mungkin itulah perumpamaan yang dilabel pelakon dan pelawak barat, Adam Sandler kepada pembantu rumahnya.

Adam Sandler Di Racun Pembantu Rumah


Adam Sandler sendiri seakan masih tidak percaya dengan apa yang telah terjadi ke atas dirinya. Menurut doktor, beliau telah diracun dengan sejenis racun tumbuhan oleh pembantu rumahnya sendiri!

Kerana racun tersebut, Adam Sandler kerap berasa gatal di seluruh badan saat bangun daripada tidur.

"Saya hairan mengapa setiap kali bangun tidur, seluruh badan saya gatal-gatal. Jadi satu hari, saya mengambil keputusan untuk memasang kamera litar tersembunyi di dalam bilik.

"Tiba-tiba satu hari saat saya tidur, saya telah didatangi seorang pembantu rumah dan dia mengoles sesuatu seperti minyak. Apabila saya bangun keesokan harinya, badan saya menjadi gatal-gatal," cerita Sandler.

Dia kemudiannya bertanya kepada pembantu rumahnya tentang perbuatan yang telah dilakukan itu, bagaimanapun beliau tidak menerima sebarang jawapan daripadanya.

Ujarnya: "Saya bertanya mengapa dia meracun saya dan dia hanya berlalu pergi."




Artikel Menarik



sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2TyprtwtR



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.