Rabu, 8 Mei 2013

Rabu, Mei 08, 2013

Aeril Mengaku Jahil Bidang Agama | Bukan satu perkara mudah bagi kita untuk mengakui kejahilan diri, apatah lagi bagi individu yang sudah dikenali pasti berat hati mahu mengakui diri itu amat jahil.

Aeril Mengaku Jahil Bidang Agama

Tapi tidak bagi pelakon lelaki ini iaitu Aeril Zafrel yang secara terbuka mengakui kepada kami yang dirinya amat jahil mengenai hukum hakam agama. Disebabkan itu kini Aeril giat mendalami lagi tentang agama dengan bantuan seorang guru yang dipercayainya.

“Saya akui diri ini seorang yang amat jahil tentang ilmu & hukum hakam agama dan saya tidak malu untuk mengatakanya. Tapi Alhamdulillah saya kini mula sedar dan cuba untuk belajar tentang menginsafi diri sendiri.”

“Disebabkan itu kini saya dalam usaha untuk menambahkan lagi ilmu agama dengan bantuan dan tunjuk ajar dari seorang guru pondok yang saya yakin akan ilmu yang diajarnya. Boleh dikatakan saya kini dalam proses untuk mengenali diri sendiri dan proses ini buat permulaanya akan saya belajar sedikit demi sedikit.”

Jelas Aeril lagi dia tidak bimbang jika selepas ini tawaran berlakon yang diterima akibat perubahan dirinya semakin kurang kerana percaya walaupun rezeki yang diterimanya sedikit tetapi asalkan ianya berkat di sisi Allah Swt sudah cukup buat dirinya.

Menurut Aeril yang kami temui di majlis tayangan perdana filem 99 Kali Rindu yang bakal ditayangkan kepada penonton pada 9 Mei nanti merupakan filem terakhirnya dibawah syarikat Metrowealth (MIG) kerana secara rasmi mengistiharkan dirinya tidak lagi bernaung dibawah pengurusan syarikat terbabit.

“Sebenarnya sejak beberapa bulan ni pun saya memang sudah bergerak secara sendirian untuk menguruskan hal kerjaya seni saya. Tapi selepas habisnya tayangan filem 99 Kali Rindu barulah secara rasminya kontrak saya dengan mereka sudah tamat. Bagi saya eloklah jika saya bergerak secara sendiri dan tidak menyusahkan sesiapa jika terikat dengan mana-mana pihak pengurusan artis”

Tambahnya juga segala permasalahan yang berlaku diantara dia dan juga David Teo tidak mahu diperbesarkan dan di ingati lagi malah mahu mengangap apa jua yang berlaku itu adalah dugaanya dalam mencapai kejayaan yang lebih besar kelak.


Artikel Menarik



sumber
http://buahmulut.com/xtvt/2013/05/01/aeril-zafrel-akui-jahil-tentang-hukum-agama/




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.