Khamis, 2 Mei 2013

Khamis, Mei 02, 2013
Aeril Zafrel Sah Akan Ke Hollywood Jun Nanti | Aeril Zafril mengesahkan dirinya akan tinggalkan MIG dan akan berangkat ke Hollywood pada bula Jun nanti dan memenuhi beberapa tawaran dari pihak produksi di sana.

Aeril Zafrel Sah Akan Ke Hollywood Jun Nanti

Memetik laporan portal Rotikaya, Aeril Zafrel membuat pengakuan itu semasa tayangan perdana filem 99 Kali Rindu sekaligus menjawab segala persoalan mengenai desas-desus selama ini yang mengatakan bahawa dia sudah keluar daripada syarikat produksi MIG.

“Secara rasminya selepas 9 Mei ini, iaitu semasa tayangan filem ini di tayangkan saya akan bergerak sendiri. Tetapi sebelum tarikh rasminya pun saya sudah bergerak sendiri, dengan mengatur jadual saya sendiri dan juga menguruskan kerjaya sendiri. 

"Bagi saya mudah iaitu saya tidak perlu untuk menyusahkan pihak syarikat untuk mengurusakan kerjaya saya, memandangkan saya juga masih belajar dan saya rasa dengan cara ini saya lebih efektif dan tidak perlu untuk menyusahkan pihak lain dalam menguruskan kerjaya seni saya ini,”.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana telah mendapat tawaran dari pihak produksi di sana dan ada beberapa tawaran yang dalam proses perbincangan, jika tiada aral melintang InsyaAllah pada bulan depan kemungkinan besar saya akan ke sana untuk proses seterusnya”.

Artikel Menarik


sumber
http://www.rotikaya.com/aeril-zafrel-sah-keluar-mig-bakal-ke-hollywood-bulan-hadapan/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.