Isnin, 20 Mei 2013

Isnin, Mei 20, 2013
1

Afiq Muiz Di Minta Taubat, Pohon Maaf Kepada Ibu | Seorang pendakwah meminta Afiq Muiz bertaubat dan segera memohonan maaf kepada ibunya Hasliza Mohd, 48, selepas bertindak memburukkan ibunya sendiri.

Afiq Muiz Di Minta Taubat, Pohon Maaf Kepada Ibu -Kezoom


Wan Akashah Wan Abdul Hamid yang diminta mengulas berkata, sebagai anak, Afiq tidak boleh memburuk ibunya kepada umum walaupun ibunya itu telah membuat pendedahan menerusi media yang dia sangat kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.

"Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka.

"Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya.

"Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi.

"Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu," katanya Ahad lalu.

Selain itu, Wan Akashah juga menasihatkan Afiq agar mengetepikan kekasihnya buat sementara waktu sehinggalah hubungannya dengan Hasliza sudah pulih.

"Ingat, kejayaan dia (Afiq) adalah datang daripada ibu bapa yang mendidiknya. Macam mana sekalipun, anak wajib menghormati ibu bapanya terutama ibu. Dalam hadis ada menyebut, antara amalan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada awal waktu dan berbuat baik pada ibu bapa.

"Walau apa pun kejutan yang dibuat ibu daripada segi kenyataan atau tingkah laku, kita mesti wajib hormat walaupun tidak suka. Sebagai anak mesti mengalah, bukannya kutuk.

"Dalam hal ini, letakkan kekasih di tepi. Kerana cinta kepada kekasih boleh membutakan hati antara kaca dan permata kerana cinta membuatkan kita tidak dapat melihat kebenaran dan jasa ibu dan bapa kita," tegasnya.



Artikel Berkait

Artikel Menarik


sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/5/20/mstar_hiburan/20130519215659&sec=mstar_hiburan


1 comments:

  1. agaknya budak lelaki sengal ni xpegi sembahyg jumaat ke jumaat hari tu, khatib baca khutbah pasal 'ibu'

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.