Jumaat, 24 Mei 2013

Jumaat, Mei 24, 2013
Anak Aaron Aziz Tunjuk Bakat Dalam Bidang Lakonan | Dwi Ariana, anak kedua Aaron Aziz dilihat berbakat dan mewarisi bakat Aaron apabila dalam usia seawal enam tahun anak itu berjaya membuktikan minatnya untuk bergelar pelakon dalam filem Romeo Kota yang diarahkan Aaron sendiri.

Anak Aaron Aziz Tunjuk Bakat Dalam Bidang Lakonan


Ditanya mengenai pembabitan anaknya dalam lakonan, Aaron berkata, ia berlaku secara kebetulan dan dia sendiri sebenarnya tiada niat melatih puteri kesayangannnya itu menjadi anak seni.

Menurut Aaron, ia berlaku kerana salah seorang pelakon kanak-kanak untuk watak tambahan dalam filem itu tidak dapat hadir dan tempatnya perlu diganti pelakon lain.

“Jadi, saya tawarkan watak berkenaan kepada Dwi Ariana. Dia hanya bersetuju selepas saya memujuknya dan berjanji memberinya RM500 jika dia sudi membantu.

“Dia yang sebenarnya kali pertama berlakon menjadi penyelamat saya apabila di saat akhir sanggup menggantikan tempat pelakon kanak-kanak yang tak dapat hadir itu,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaru lakonannya, Lari, baru-baru ini.

Tambah Aaron lagi, sebagai bapa dia memang sudah nampak kecenderungan minat anak perempuannya itu.

“Saya tengok, memang dia sudah ada keinginan untuk menjadi pelakon. Dengan bakat tersendiri itu, dia mampu menghafal skrip dan menghayati watak.

“Walaupun penguasaan bahasa Malaysia dia tidaklah begitu baik, namun Dwi Ariana seorang yang rajin berusaha. Dia akan cuba sebaik mungkin dengan sedaya-upayanya.

“Melihatkan minat, usaha dan kesungguhannya itu membuatkan saya tidak menghalangnya. Namun, ia tidak bermakna saya menyokong sepenuhnya,” katanya.

Aaron sebenarnya tidak menggalakkan anak-anak mengikut jejak langkahnya menceburi bidang lakonan. Namun, katanya jika itu sudah menjadi pilihan mereka, dia dan isteri, Diyana Halik tetap memberikan dorongan sebagai pemangkin semangat.

“Apapun, saya dan isteri akan sentiasa memantau pembelajaran mereka supaya tiada yang tercicir. Sebagai ibu bapa, sudah pasti kami berdua mengimpikan kerjaya lebih baik untuk anak-anak untuk masa depan mereka.

“Saya sendiri mahu mereka cemerlang dalam pelajaran seterusnya mempunyai kerjaya hebat yang menjamin masa depan,” katanya.

Mengakui anak-anaknya mendapat pendedahan lakonan kerana mereka sering di bawa ke lokasi penggambaran, Aaron berkata dia mahu mengajar buah hati tercintanya itu erti berdikari.

“Biarpun saya mampu memberikan mereka apa yang diinginkan, tetapi tidak semuanya diperoleh. Jadi, mereka harus belajar berdikari mencari duit sendiri untuk memiliki apa yang mereka mahu.

“Itulah yang dilakukan Dwi Ariana yang pernah meminta saya membeli satu beg berjenama untuknya, tetapi saya tidak belikan kerana harganya agak mahal.

“Jadi, memandangkan dia sudah berlakon dan mempunyai pendapatan sendiri, maka dia akhirnya berjaya memiliki beg itu dengan meminta saya membelinya menggunakan duit lakonannya,” katanya.

Setelah bakat dikesan dalam filem Romeo Kota, baru-baru ini Dwi Ariana turut ditawarkan berlakon oleh Disney dalam siri animasi Princess Fiona dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.

Artikel Menarik



sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AnakwarisibakatAaron/Article


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.