Rabu, 22 Mei 2013

Rabu, Mei 22, 2013
Anuar Zain, Jangan Jaja Kisah Peribadi Ke Media Sosial | Anuar Zain merupakan antara penghibur tempatan yang pandai menjaga privasi sebagai artis. Amat jarang sekali wajahnya dilihat disiar merata di mana-mana termasuk di laman sosial.

Anuar Zain, Jangan Jaja Kisah Peribadi Ke Media Sosial

Namun begitu, sesekali Anuar tetap mengemas kini laman sosialnya. Itu pun sekadar berkongsi perkembangan kerjaya bersama peminat. Dia lebih selesa tidak terlalu mendedahkan diri melalui media sosial yang menjadi kegilaan ramai sekarang.

Sambil menafikan dirinya bersikap antisosial, Anuar menegaskan dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu keperluan dan mahu mengelak situasi yang memakan diri.

Anuar merujuk kepada beberapa kes yang membabitkan privasi artis dan media sosial sebelum ini, sebagai artis senior, Anuar berasakan dia berhak menegur golongan terbabit yang boleh diibaratkan seperti pepatah seekor lembu yang bergelumang dengan lumpur, habis semua terpalit.

“Teguran ini bukanlah untuk menyinggung sesiapa. Cuma, apabila sesetengah artis memuat naik gambar atau perilaku tidak senonoh di laman media sosial mereka, tak pasal-pasal artis lain terbabit sama. 

Cuba kita perhatikan komen yang dibuat terhadap gambar atau video terbabit, kebanyakannya menyalahkan artis Malaysia kerana bertindak bodoh.

“Itu yang saya katakan, artis yang tak berdosa pun akan terbabit sama dikata bodoh gara-gara tindakan mereka itu,” ujarnya lagi.

Sebagai seorang artis, tambah Anuar adalah lebih baik jika selebriti menggunakan media sosial untuk memanfaatkan kerjaya seni.

“Kalau kita perhatikan, jarang artis Indonesia, Singapura memuat naik gambar mereka dengan aksi yang bukan-bukan. Mereka cukup menjaga privasi dan kelakuan mereka supaya nama mereka tidak tercemar atau menjadi bahan kutukan.

“Lagi pun, kalau kita muat naik aksi tidak senonoh, bimbang pula ia akan menjadi ikutan terutama kanak-kanak. Mereka pasti akan menjadikan alasan, jika artis kesayangan mereka boleh buat, mengapa mereka pula dilarang?,” katanya berkongsi kebimbangan dengan perbuatan memuat naik gambar dan rakaman video sesuka hati tanpa memikirkan risiko terhadap reputasi diri.



Artikel Menarik



sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Anuartegurartisbaru/Article/?bh



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.