Jumaat, 24 Mei 2013

Jumaat, Mei 24, 2013

Askar Mati di Tikam, Dua Masjid Di Britain Di Serang | Dua buah masjid di Britain telah menjadi sasaran serangan dan kemarahan kumpulan sayap kiri di Britain ekoran seorang askar negara itu ditetak sehingga mati, di London semalam.

Askar Mati di Tikam, Dua Masjid Di Britain Di Serang

Dalam serangan di masjid tersebut, dua orang suspek telah ditahan, berikutan serangan itu pihak polis kini mengambil langkah berjaga-jaga.

Di Essex, seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan polis selepas disyaki cuba melakukan serangan apabila dilaporkan masuk ke dalam sebuah masjid dengan membawa sebilah pisau,

Seorang ahli Parlimen tempatan, Brook Newmark melalui laman Twitter menyatakan: “Sebuah masjid di Braintree diserang seorang lelaki dengan pisau dan peranti berbahaya. Lelaki terbabit ditangkap. Tiada sesiapa cedera.”

Newmark turut memaklumkan bahawa beliau baru selesai mengadakan pertemuan dengan pemimpin masjid tempatan di Braintree yang diserang pada petang sebelumnya.“Terima kepada polis atas tindakan segera,” katanya.

Askar Mati di Tikam, Dua Masjid Di Britain Di Serang | Dua buah masjid di Britain telah menjadi sasaran serangan dan kemarahan kumpulan sayap kiri di Britain ekoran seorang askar negara itu ditetak sehingga mati, di London semalam.

Setiausaha masjid di Braintree, Sikander Saleemy memberitahu stesen televisyen Channel 4 beliau mengandaikan serangan yang berlaku sebagai tindakan balas dendam.

“Polis berkata, terlalu awal untuk mengaitkannya apa yang berlaku di Woolwich, tetapi kami rasa ia memang balas dendam. Kami mengecam apa yang berlaku di Woolwich, tetapi ia tiada sebarang kaitan dengan kami. Ia adalah tindakan keganasan,” katanya.

Sementara itu, polis di Kent juga menerima laporan kerosakan akibat jenayah di sebuah masjid di Canterbury Street, Gillingham kira-kira jam 8.40 malam. Jurucakapnya berkata, seorang lelaki ditangkap melakukan serangan jenayah yang berunsur perkauman.

“Langkah berjaga-jaga kini ditingkatkan selepas kejadian serangan maut ke atas seorang askar di London,” katanya.

Artikel Menarik



sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Duamasjidkenaserang/Article/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.